Powered By Blogger

Sunday, July 1, 2012


Interaksi 1 : Pengertian dan Konsep (Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian)


PENTAKSIRAN

Definisi
  • Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
  • Proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang.
  • Dijalankan secara berterusan.
  • Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor

Aspek utama dalam pentaksiran

  • Instrumen
  • Kumpulan yang ditaksir
  • Respon
  • Kumpulan penaksir
  • Skor

Tujuan Pentaksiran

  •  Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
  • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  • Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  • Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  •  Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  • Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

PENGUJIAN

Definisi
  • Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
  • Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
  • Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
  • Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
  • Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN

Definisi
  • Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. 
  • Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. 
  • Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
  • penilaian memberi maklumat dalam bentuk kualitatif (perkataan @ tafsiran kepada skor).

Penilaian melibatkan tiga proses utama
  • Penentuan objektif/ukuran.
  • Mendapat maklumat dan memproses maklumat.
  • Membuat kesimpulan/menyatakan nilai atau menginterprestasi ukuran.

Tujuan lain Penilaian Ujian
  1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
  2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. 
  3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. 
  4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya. 
  5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan. 
  6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. 
  7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. 
  8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. 
  9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.


PERBANDINGAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

 Perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:

perbandingan
Pentaksiran
pengujian
penilaian
Definisi
Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid
Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku.
Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai.
Tujuan
Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran
Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran
Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum.                      
Bentuk
1.  Set ujian bertulis dengan markah dan gred
1.    Pemerhatian
2.    Ujian lisan
3.    Ujian bertulis
1.    Jadual
2.    Gred berdasarkan teknik perangkaan
Proses perlaksanaan
Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred
Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan.
Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan.
Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan.
Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelim melapor dapatan kajian dan tindakan.
Masa
Selepas sesi pembelajaran
Selepas sesi pembelajaran
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran
liputan
Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran
Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran yang telah disampaikan
Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga kepada keseluruhan sesebuah kurikulum
keputusan
Menunjukkan pencapaian secara relatif
Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik
Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut.






IKON PERBANDINGAN PENGUJIAN,

PENGUKURAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN










No comments:

Post a Comment